TAJUK
BEDAK SEJUK DAN WANGI
TUJUAN
Terdapat banyak
kepentingan dan tujuan bedak sejuk. Antaranya adalah :
1.Melicinkan kulit muka
2.Memberi kesegaran pada
kulit
3.Mengurangkan
penghasilan minyak di kulit muka
4.Menanggalkan sel kulit
mati
5.Membantu menyejukkan
kulit
6.Membersih dan
menegangkan wajah
7.Membantu pengecutan
jerawat
LATAR BELAKANG
Bedak sejuk diperbuat daripada beras yang bagus dan bersih, air daun
pandan, bunga melur, bunga tanjung, bunga cempaka, akar-akaran dan rempah yang
berkhasiat. Cara pembuatan bedak sejuk adalah seperti berikut :
- Pilihlah
beras yang kualtiasnya bagus dan bersih.
- Rendam
beras dalam air daun pandan selama 3 hari 3 malam. Tutup rendaman dengan
kain yang berpori agar tidak ada serangga atau binatang kecil yang masuk.
Jika ada yang masuk, justru akan menyebabkan penyakit kulit.
- Taburkan
bunga melur, tanjung, dan cempaka, di dalam rendaman beras untuk
mendapatkan aroma yang menyegarkan.
- Simpan
rendaman di tempat yang mudah mendapatkan tetesan embun.
- Sementara
itu, akar-akar tanaman yang berkhasiat dicampur, ditumbuk, lalu
dikeringkan dan disaring sampai mendapatkan bubuk halusnya saja.
- Setelah
3 hari 3 malam, beras akan mengembang dan wangi.
- Tumbuk
beras hingga halus seperti tepung.
- Ayak
tumbukan beras sampai anda mendapatkan beras halus.
- Campurkan
hasil tumbukan beras dengan bubuk halus akar-akar berkhasiat.
- Jika
sudah tercampur, masukkan air sedikit demi sedikit sampai campuran bisa
diulen untuk dibentuk bulat-bulat kecil.
- Jemur
bulatan-bulatan itu selama 3 hari sampai kering dan dapat digunakan.
RASIONAL
PEMASARAN PRODUK
Bedak sejuk
dan wangi ini mempunyai banyak kelebihan. Oleh itu ia patut dipasarkan untuk
kegunaan orang ramai bagi membantu mereka yang mempunyai masalah kulit kerana
kelebihan bedak sejuk yang utama adalah untuk mencantikkan kulit wajah.
PERBEZAAN
ANTARA PRODUK YANG SEDIA ADA DI PASARAN DAN SEKARANG
Perbezaan
yang utama adalah dari segi harga. Harga bedak sejuk ini adalah lebih muran
berbanding dengan bedak sejuk yang sedia ada. Selain iti perbezaan dari segi
bahan-bahan. Bdak sejuk dan wangi ini ditambahkan dengan air daun pandan dan
bunga-bunga seperti bunga tanjung, bunga cempaka dan bunga melur supaya
mengeluarkan bau yang wangi.
![]() |
bedak sejuk yang telah siap diproses |
No comments:
Post a Comment